Hi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Cikgu Bashier. Berpengalaman mengajar tuisyen selama 10 tahun untuk subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi SPM.
Terima kasih kepada anda, para pelajar yang menyertai kelas percuma cikgu. Insyaallah cikgu akan buat kelas percuma ini setiap bulan. Cikgu rancang nak buat kelas percuma ini 2 kali sebulan. Doakan kesihatan cikgu supaya kelas percuma cikgu ini dapat bantu lebih ramai pelajar di luar sana untuk belajar.
Ok begini, cikgu faham sangat dengan situasi yang pelajar alami. Silibus belum habis lagi, sekolah pun belum buka, exam dah nak dekat. Jadi, ramai pelajar yang perlukan bimbingan dari cikgu. Cikgu nasihatkan awak ambil peluang musim PKP ini untuk ikuti kelas online cikgu Bashier.
Cikgu faham, kemampuan dan tahap penerimaan setiap pelajar terhadap sesuatu ilmu itu berbeza. Ada pelajar yang cepat. Ada pelajar yang sedikit lambat. Mungkin dalam kelas percuma cikgu tu, ada pelajar yang segan nak bertanya. Ye lah, kelas besar, takut diketawakan oleh rakan-rakan yang lain. Takut tersalah tanya soalan dan macam-macam lagi yang bermain di fikiran awak semua.
Jadi, cikgu tawarkan kelas premium cikgu ini untuk bantu kamu skor A dalam exam SPM untuk subjek prinsip perakaunan dan ekonomi. Ceritanya macam ni, untuk kelas premium cikgu, cikgu akan hadkan bilangan pelajar. Jika kelas percuma cikgu, awak ada dalam 100 orang rakan. Untuk kelas premium, kelas nya akan dihadkan kurang dari 10 orang sahaja. Tujuannya supaya awak lebih fokus dan faham dengan jelas apa yang diajar.
Dari segi latihan, kita akan sama-sama go through dengan pelbagai jenis soalan. Ini penting, sebab kebanyakan anak murid cikgu yang dapat A dalam prinsip perakaunan dan ekonomi sebelum ni, cikgu dedahkan mereka dengan pelbagai jenis bentuk soalan. Cikgu nak, bila exam nanti, awak takde masalah nak jawab soalan. Sebabnya semua soalan kita dah buat sama-sama.
Untuk permulaan, kita akan buat latihan by topik. Ok, dalam kelas premium, cikgu akan dedahkan soalan yang biasanya ditanya dalam exam sama ada soalan tersebut soalan subjektif atau pun objektif. Ini penting supaya awak tak terkejut, sebab topiknya agak banyak untuk kita pelajari.
Cikgu kongsikan silibus tingkatan 4 prinsip perakaunan di sini:
Modul 1:
Pengenalan Kepada Perakaunan
Modul 2:
Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
Modul 3:
Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
Modul 4:
Buku Catatan Pertama
Modul 5:
Lejar
Modul 6:
Imbangan Duga
Modul 7:
Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan
Modul 8:
Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
Modul 9:
Pembetulan Kesilapan
Ini pula silibus tingkatan 5 prinsip perakaunan:
Modul 1:
Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan Untuk Membuat Keputusa
Modul 2:
Rekod Tak Lengkap
Modul 3:
Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman
Modul 4:
Perakaunan Untuk Perkongsian
Modul 5:
Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer
Modul 6:
Perakaunan Untuk Kelab & Persatuan
Modul 7:
Perakaunan Kos
Ha, Nampak tak, ada 9 topik tingkatan 4 dan 7 topik tingkatan 5 yang perlu kita hadam dan fahamkan. Awak semua dah ingat ke semua formula dan format yang ada ? Contohnya formula nisbah keberuntungan? Dah ingat? Dari segi format pula, awak dah ingat ke format akaun perdagangan dan untung rugi? Bagaimana pula dengan format akaun kelab dan akaun perkongsian? Dah ingat semua format tersebut?
Ini pula silibus tingkatan 5 prinsip perakaunan:
Bab 1:
Pengenalan Kepada Ekonomi
Bab 2:
Pasaran
Bab 3:
Wang, Bank dan Pendapatan Individu
Bab 4:
Pengeluaran
Dan ini pula topik tingkatan 5:
Bab 1: Ekonomi dan Kerajaan
- 1.1 Peranan Kerajaan Dalam Ekonomi
- 1.2 Penunjuk Ekonomi
- 1.3 Alat Dasar Ekonomi
Bab 2: Malaysia dan Ekonomi Global
- 2.1 Globalisasi
- 2.2 Perdagangan Antarabangsa
- 2.3 Imbangan Pembayaran
- 2.4 Kadar Pertukaran Asing
Nampak tak, ada 4 bab tingkatan 4 dan 2 bab tingkatan 5. Walaupun 2 bab tingkatan 5, banyak istilah-istilah ekonomi yang awak kena tahu. Contohnya, apa maksud inflasi, apa maksud indeks harga pengguna? Berapakah kadar pengangguran di Malaysia? Ada berapa bentuk sekatan perdagangan antarabangsa?
Kalau belum, cikgu cadangkan kamu join kelas premium cikgu. Bagi peluang pada cikgu untuk kongsikan ilmu cikgu yang ada selama 10 tahun ni untuk cikgu bimbing kamu dapat A dalam prinsip perakaunan dan ekonomi.
Untuk kedua-dua subjek ini, cikgu cadangkan anak murid cikgu studi dengan awal. Ianya kerana subjek ekonomi dan prinsip akaun memerlukan masa yang banyak untuk memahaminya. Walaupun SPM tahun depan, disarankan untuk anda ulangkaji sekarang!
Ada yang belum kenal cikgu?
- Nama: Ahmad Bashier
- Nombor Telefon : 013 5902236
- Lulusan Universiti Malaya dalam bidang Perakaunan
- Berpengalaman selama 10 tahun mengajar subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi untuk pelajar SPM.
- Tinggal di Petaling Jaya, Selangor
Ok, apa lagi kelebihan kalau awak join kelas premium cikgu bashier? Cikgu ringkaskan di sini:
Kelebihan Pertama: Awak akan dapat join kelas percuma cikgu Bashier setiap minggu. Jadi untuk sebulan, ada 4 kali kelas percuma cikgu bagi.
Kelebihan Kedua: Untuk kelas premium, awak dapat join kelas tersebut setiap minggu juga. Jadi, untuk sebulan, ada 4 kali kelas premium cikgu bagi. So, ada 8 kelas cikgu akan bagi untuk awak setiap bulan. 4 kelas percuma dan 4 kelas premium.
Kelebihan Ketiga: Pembelajaran Lebih Berfokus. Pelajar akan kurang dari 10 orang setiap sesi. Jadi, ini memberi kelebihan kepada awak untuk bertanyakan apa sahaja soalan untuk topik yang kita pelajari.
Kelebihan Keempat: Ini kelebihan yang paaaaaaling berbaloi cikgu dapat tawarkan. Cikgu faham, tak semua dalam kalangan kita yang akan cepat tangkap apa yang cikgu ajar. Jadi, cikgu berikan kamu akses untuk video recording cikgu ketika cikgu mengajar. Jadi, awak boleh tengok video tersebut puas -puas sehinggalah awak faham.
Kelebihan Kelima: Support Group Melalui Whatsapp & Facebook. Ini penting, jika awak ada apa-apa soalan, boleh terus tanya cikgu. Cikgu akan cuba untuk menjawab setiap soalan yang awak tanya.
Kelebihan Keenam: SWOT Analisis. SWOT ni stand for Strength, Weaknesses, Opportunity & Thread. Analysis ini penting untuk cikgu tahu apa kelebihan dan kelemahan awak sebagai student cikgu. Bila cikgu faham, lagi senang untuk cikgu susun program dan content untuk pembelajaran awak supaya awak mudah faham yang cikgu ajar dan awak dapat A dalam SPM nanti.
Kelebihan Ketujuh: Cikgu akan kongsikan segala nota, latihan, kuiz dan past year questions untuk pastikan yang awak betul-betul bersedia untuk SPM nanti.
Kelebihan Kelapan: Cikgu akan sentiasa selitkan motivasi supaya murid cikgu sentiasa bersemangat untuk terus belajar. Insyaallah cikgu cuba ikhtiar yang terbaik untuk anak murid cikgu!.
Kelebihan Kesembilan: Harga yang sangat berpatutan. Harga RM 50 sebulan untuk satu subjek ini lebih murah dari awak order kfc atau mcdonald. Dan harga ini hanya akan ditawarkan dalam bulan ini sahaja. Untuk bulan depan, harganya cikgu akan dinaikkan pada RM 75. Tujuan cikgu letak harga semurah ini untuk pastikan yang awak tidak terbeban dengan kos pendidikan awak.
Kelebihan Kesepuluh: Selamat. Awak tidak perlu travel ke sana ke sini untuk datang jumpa cikgu. Memandangkan vaksin covid 19 pun belum ditemui, adalah lebih selamat untuk awak tuisyen secara online dengan cikgu.
Jom, cikgu kongsikan kelas yang online yang cikgu lakukan sebelum ini menggunakan platform zoom
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Ok, ini pula cikgu kongsikan lagi nota-nota cikgu yang berwarna warni untuk cikgu berikan pada kamu semua apabila kamu join kelas premium cikgu:
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Cikgu kongsikan video-video yang cikgu sudah rekod dalam kelas premium dan kelas percuma di youtube untuk diberikan kepada mereka yang ambil tuisyen online cikgu ini:
Tunggu dulu, apa kata kalau cikgu kongsikan testimoni daripada anak murid cikgu dari seluruh Malaysia untuk tatapan kita semua:
Pada mulanya, dengan 10 kelebihan yang ada, cikgu nak caj pada anak murid cikgu RM 999 sebulan. Tapi cikgu faham, dalam musim covid19 ni, ada dalam kalangan pelajar yang ibu bapa mereka terkesan dari segi pendapatan mereka. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang hilang punca pendapatan ketika musim PKP ini.
Jadi, cikgu ingat nak caj sebanyak RM 499 sebulan dengan beri diskaun sebanyak RM 500. Tapi, cikgu faham, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, cikgu tak sepatutnya mengambil kesempatan untuk buat duit dengan tuisyen online.
Jadi, cikgu terfikir untuk letak harga RM 199 kerana cikgu percaya harga tersebut tersangat lah murah dengan 8 kelas yang awak akan dapat plus dengan kelebihan-kelebihan lain.
Harga ini sangat murah. Kerana anda akan dapat content yang sangat bagus dari cikgu untuk anda skor A.
Lepas difikir-fikirkan, cikgu rasa sebagai menghargai awak yang berminat untuk join kelas cikgu, cikgu letak harga RM 100 sebulan untuk setiap subjek untuk tempoh terhad.
TAPI TUNGGU SEKEJAP!!
Apa kata cikgu bagi offer terhad, kalau awak ambil SATU subjek RM100, cikgu bagi RM170 kalau awak ambil 2 subjek terus
Terus klik butang di bawah ini sekarang juga! Sebab TAWARAN INI TERHAD SANGAT-SANGAT
Perhatian: kelas ini terhad hanya untuk 30 orang pelajar sahaja! Cikgu tak mahu ramai-ramai, cikgu mahu 30 orang pelajar sahaja yang mahu cikgu bimbing mereka untuk dapat A dalam subjek prinsip perakaunan dan ekonomi. Cikgu jangkakan cikgu akan dapat respons yang cepat dari 200 orang anak murid cikgu dari kelas percuma. Jadi, jika awak ada RM 100, boleh lock dulu tempat untuk satu subjek setiap bulan
Ini testimoni daripada anak-anak murid cikgu yang dapat A dalam subjek prinsip perakaunan dan ekonomi tahun lepas untuk pembakar semangat awak:
Ok, ini syarat untuk awak jika berminat nak join kelas online premium cikgu bashier
- Pastikan anda ada akses internet.
- Pastikan anda ada application zoom.
- Pastikan anda ada whatsapp.
- Digalakkan anda ada akaun facebook (optional)
- Pastikan anda ada sikap mahu belajar.
- Buang sifat malas belajar dan sifat negative yang lain
- Hormat cikgu dan rakan-rakan yang lain
Cepat, bertindak sekarang. Tempat terhad untuk 30 orang pelajar sahaja! Jumpa anda di kelas premium cikgu! Jumpa anda di puncak kejayaan!!
Salam Kejayaan Dari Saya,